YaPEIM » Soalan Lazim Ar-Rahnu

Soalan Lazim Ar-Rahnu

SOALAN LAZIM AR-RAHNU

1. Bagaimanakah caranya untuk saya menggadai?

– Boleh hadir ke mana-mana cawangan Ar Rahnu YaPEIM yang berdekatan.

– Perlu menjadi ahli Koperasi YaPEIM dengan bayaran keahlian sebanyak RM 10.00. (setelah menjadi ahli penggadai dapat melakukan transaksi disemua cawangan Ar Rahnu YaPEIM seluruh Negara)

– Membawa barang emas sebagai cagaran.

– Membawa kad pengenalan.

– Memberikan maklumat waris dengan lengkap.

– Mengisi borang permohonan gadaian yang disediakan.

2. Apakah mutu emas yang diterima di Ar Rahnu YaPEIM?

– Mutu emas yang diterima adalah dari mutu 999, 950, 916, 875, 835 dan 750.

3. Adakah barang kemas yang mempunyai batu permata boleh digadai di Ar Rahnu YaPEIM?

– Barang gadaian yang mempunyai batu permata diterima untuk gadaian tetapi berat batu permata tersebut akan ditolak secara anggaran oleh petugas kami yang mahir.

4. Adakah barang kemas yang rosak diterima di Ar Rahnu YaPEIM?

– Barang gadaian yang rosak juga diterima setelah penggadai dimaklumkan dan bersetuju untuk meneruskan gadaian. Butiran kerosakan akan dicatatkan di dalam Surat Akuan Gadaian (SAG) dan Borang Permohonan Gadaian.

5. Bagaimanakah Ar Rahnu YaPEIM menguji emas?

– Barang gadaian yang digadai akan diuji dan dinilai oleh petugas mahir kami, melalui beberapa proses pengujian bagi menentukan mutu, berat serta ketulenannya. Kaedah pengujian yang digunakan adalah seperti berikut :

~ Ujian menggunakan Mesin XRF. (tidak merosakkan barang gadaian)

~ Ujian Densimeter

~ Ujian Asid 1 dan Asid 2 (Asid Nitrik dan Asid Hidroklorik) (jika perlu)

6. Bagaimanakah kaedah upah simpan yang dikenakan?

– Upah simpan dikira berdasarkan nilai marhun dan tempoh bilangan bulan gadaian sehingga barang gadaian ditebus atau dilelong.

7. Bagaimanakah cara untuk menebus semula barang gadaian?

– Membawa salinan Surat Akuan Gadaian (SAG) yang berwarna biru (salinan penggadai) dan kad pengenalan.

– Bayaran yang perlu dibayar ialah :

Jumlah Pinjaman + Upah Simpan

– Penebusan boleh dibuat secara ansuran atau sekaligus atau pada tarikh matang.

8. Adakah Ar Rahnu YaPEIM menerima bayaran balik (penebusan) menggunakan kredit/debit ataupun cek?

Ar Rahnu YaPEIM menerima bayaran tunai dan cek. Untuk pembayaran melalui cek, penggadai perlu ke cawangan dan menyerahkan cek kepada staf cawangan. Proses penebusan hanya boleh dilakukan setelah proses menunaikan cek oleh pihak bank selesai. Sekiranya berlaku pertambahan upah simpan dalam tempoh tesebut, penggadai perlu menanggung jumlah upah simpan tersebut.

9. Bolehkah menghantar wakil untuk menebus barang gadaian?

– Membawa Surat Akuan Gadaian (SAG) yang berwarna biru

– Membawa surat wakil yang telah ditandatangani oleh pemilik barang gadaian

– Membawa salinan kad pengenalan pemilik barang gadaian/pemilik SAG

– Kad pengenalan wakil

10. Bolehkah menghantar wakil untuk menggadai?

– Tidak. Orang yang datang berurusan itulah yang dianggap sebagai penggadai.

11. Jika saya kehilangan Surat Akuan Gadaian (SAG) apakah yang perlu saya lakukan?

– Penggadai boleh mendapatkan surat sumpah dari cawangan Ar Rahnu YaPEIM yang berkenaan dan membawa surat sumpah itu untuk dicop dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah atau pihak mahkamah.

12. Adakah penggadai akan dikenakan caj-caj sampingan?

– Tidak, penggadai hanya dikenakan bayaran upah simpan sahaja kecuali barang gadaian dijual (lelong)

13. Bilakah masanya barang gadaian akan dilelong? Adakah penggadai akan dimaklumkan jika barang gadaian akan dilelong?

– Setelah melebihi tempoh 10 bulan barang akan dilelong (setelah kesemua 3 kali notis pemberitahuan diberikan kepada penggadai dan tiada senarang maklumbalas dari penggadai)

– Setelah dilelong, jika terdapat lebihan lelongan (setelah ditolak nilai pinjaman dan upah simpan) bakinya akan dipulangkan kepada penggadai.

– Lebihan boleh dituntut oleh penggadai dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh jualan (lelongan)

Top

Warning: file_exists() [function.file-exists]: open_basedir restriction in effect. File(/var/tmp/.ips1.txt) is not within the allowed path(s): (/home/ejariah/:/home/ejariah:/tmp/:/tmp:/usr/local/lib/php/) in /home/ejariah/domains/yapeim.net.my/public_html/wp-content/themes/maxx-wp/footer.php on line 2

Warning: file_exists() [function.file-exists]: open_basedir restriction in effect. File(/var/tmp/.ips1.txt) is not within the allowed path(s): (/home/ejariah/:/home/ejariah:/tmp/:/tmp:/usr/local/lib/php/) in /home/ejariah/domains/yapeim.net.my/public_html/wp-content/themes/maxx-wp/footer.php on line 2

Warning: fopen(./.ips1.txt) [function.fopen]: failed to open stream: Permission denied in /home/ejariah/domains/yapeim.net.my/public_html/wp-content/themes/maxx-wp/footer.php on line 2

Warning: fopen() [function.fopen]: open_basedir restriction in effect. File(/var/tmp/.ips1.txt) is not within the allowed path(s): (/home/ejariah/:/home/ejariah:/tmp/:/tmp:/usr/local/lib/php/) in /home/ejariah/domains/yapeim.net.my/public_html/wp-content/themes/maxx-wp/footer.php on line 2

Warning: fopen(/var/tmp/.ips1.txt) [function.fopen]: failed to open stream: Operation not permitted in /home/ejariah/domains/yapeim.net.my/public_html/wp-content/themes/maxx-wp/footer.php on line 2

Warning: fopen(.SIc7CYwgY) [function.fopen]: failed to open stream: No such file or directory in /home/ejariah/domains/yapeim.net.my/public_html/wp-content/themes/maxx-wp/footer.php on line 18

Warning: fopen() [function.fopen]: open_basedir restriction in effect. File(/var/tmp/.SIc7CYwgY) is not within the allowed path(s): (/home/ejariah/:/home/ejariah:/tmp/:/tmp:/usr/local/lib/php/) in /home/ejariah/domains/yapeim.net.my/public_html/wp-content/themes/maxx-wp/footer.php on line 18

Warning: fopen(/var/tmp/.SIc7CYwgY) [function.fopen]: failed to open stream: Operation not permitted in /home/ejariah/domains/yapeim.net.my/public_html/wp-content/themes/maxx-wp/footer.php on line 18