YaPEIM » YaPEIM SERAH SUMBANGAN PROGRAM SINAR KASIH KEPADA 8 BUAH KELUARGA

Terkini

YaPEIM SERAH SUMBANGAN PROGRAM SINAR KASIH KEPADA 8 BUAH KELUARGA

Sumbangan diberikan kepada 8 buah keluarga yang merangkumi 27 orang anak dimana setiap orang anak menerima RM200 sebulan dan sebanyak RM64,800 setahun bagi menampung keperluan pendidikan dan harian mereka.

14 APRIL – KUALA TERENGGANU– Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini menyerahkan sumbangan kepada 8 buah keluarga penerima sumbangan Program Sinar Kasih YaPEIM di bawah Program Kebajikan Ummah.

Hadir memberi sumbangan ialah Ketua Pengarah YaPEIM, Dato Abibullah Haji Samsudin, Pengarah Kanan YaPEIM, serta pegawai & staf YaPEIM.

Program Sinar Kasih diperkenalkan sebagai inisiatif dalam menyantuni sekaligus memberi sinar baru kepada anak-anak yang kehilangan ketua keluarga secara tiba-tiba akibat kemalangan, kebakaran, mati lemas dan bencana alam.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban 8 buah keluarga ini dalam menampung kehidupan dan keperluan anak-anak.

Top

Comments are closed.

Top