YaPEIM » YaPEIM SERAH SUMBANGAN NASKAH AL QURAN KEPADA AKADEMI PENGAJIAN AL QURAN SEMPORNA (APAQS)

Terkini

YaPEIM SERAH SUMBANGAN NASKAH AL QURAN KEPADA AKADEMI PENGAJIAN AL QURAN SEMPORNA (APAQS)

Serahan sumbangan naskah Al Quran ini telah disampaikan oleh Dato’ Abibullah Hj Samsudin, Ketua Pengarah YaPEIM kepada YB. Dato’ Ramli Marhaban, Penaung APAQS.

SEMPORNA- 31 DISEMBER 2017 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia(YaPEIM) hari ini menyerahkan sumbangan berupa naskah Al Quran sejumlah 200 naskah kepada Akademi Pengajian Al Quran Semporna(APAQS). Sumbangan ini merupakan sokongan YaPEIM kepada usaha APAQS dalam penganjuran kelas bimbingan Al Quran berdasarkan kepada konsep / pendekatan ABAHATA.

Serahan sumbangan naskah Al Quran ini telah disampaikan oleh Dato’ Abibullah Hj Samsudin, Ketua Pengarah YaPEIM kepada YB. Dato’ Ramli Marhaban, Penaung APAQS.

Selain itu, satu perbincangan di antara YaPEIM dan APAQS juga difokuskan kepada kerjasama antara kedua belah pihak dalam memperkukuhkan Perlaksanaan Program Perkasa Komuniti YaPEIM khususnya aspek pendidikan Al Quran yang bakal dilaksanakan kepada penduduk di 9 buah pulau di Gugusan Kepulauan Daerah Semporna.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh En Mohd Jamidi Abd Rahman, wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Semporna, Ust Sharuddin Shawal, Ketua Penyelaras APAQS , pegawai dan staf YaPEIM.

Serahan tersebut ini adalah bersempena lawatan kerjaYaPEIM & mesyuarat penyelarasan Program Perkasa Komuniti YaPEIM di Semporna, Sabah selama 3 hari.

Top

Comments are closed.

Top