YaPEIM » YaPEIM RAI ANAK YATIM BERBUKA PUASA DI MIRI, SARAWAK

Terkini

YaPEIM RAI ANAK YATIM BERBUKA PUASA DI MIRI, SARAWAK

Dana yang diperolehi akan disalurkan semula kepada kumpulan sasar melalui Program Pembangunan Sosioekonomi dan Amal Jariah YaPEIM dengan pelbagai pendekatan.

MIRI, 24 Mei 2018 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) meraikan hampir 1,000 orang anak yatim dan masyarakat tempatan berbuka puasa di Masjid At-Taqwa, Miri Sarawak hari ini.

Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak ini adalah merupakan lokasi ke empat selepas Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.

Program yang dijalankan sepanjang bulan ramadhan ini melibatkan semua negeri di Malaysia dengan keutamaan lokasi di Masjid-masjid yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri.

Program Inspirasi Ramadhan YaPEIM yang mula diperkenalkan sejak 2016 ini telah menyantuni sejumlah 39,691 orang penerima manfaat. Sasaran penerima manfaat pada tahun ini adalah seramai 22,400 orang.

Manakala jumlah peruntukan terkumpul untuk menjayakan program ini semenjak 2016 adalah sebanyak RM4.4 juta dan pada tahun ini pula sebanyak RM2.3 juta.

Setiap anak-anak yatim/ miskin itu akan menerima sumbangan berupa wang tunai RM100 setiap seorang, bahan bacaan dan cenderamata bernilai RM20.

YaPEIM berterima kasih kepada semua penyumbang yang terus menyokong institusi ini dan menyeru penyumbang sedia ada untuk menambah sumbangan melalui Skim Potongan Gaji atau Sadaqatul jariah YaPEIM. Bagi yang belum menyumbang digalakkan membuat sumbangan supaya YaPEIM terus menyumbang bakti kepada masyarakat yg memerlukan melalui program yg berimpak besar hasil daripada sumbangan org ramai.

Semenjak diperkenalkan pada tahun 1985 oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohammad, Perdana Menteri pada ketika itu, sebanyak RM561.26juta telah diagihkan berbanding hasil sumbangan sebanyak RM499.26 juta. Perbezaan sebanyak RM62 juta ditampung daripada hasil keuntungan perniagaan YaPEIM.

Top

Comments are closed.

Top