YaPEIM » YaPEIM DAN AKADEMI PENGAJIAN AL QURAN SEMPORNA (APAQS) RANCANG AMALAN BUDAYAKAN AL QURAN DI KALANGAN MASYARAKAT DI DAERAH SEMPORNA

Terkini

YaPEIM DAN AKADEMI PENGAJIAN AL QURAN SEMPORNA (APAQS) RANCANG AMALAN BUDAYAKAN AL QURAN DI KALANGAN MASYARAKAT DI DAERAH SEMPORNA

Sempena Program Khatam Al-Quran Perdana 2018 dan Perasmian Surau Akademi Pengajian Al-Quran Semporna (APAQS), YaPEIM menyumbangkan 200 naskah Al-Quran.

28 JANUARI 2018, SEMPORNA – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia(YaPEIM) dengan kerjasama Akademi Pengajian Al-Quran Semporna (APAQS) mengorak langkah ke arah membudayakan amalan membaca dan penghayatan Al-Quran di kalangan masyarakat Daerah Semporna.

Menurut Ketua Pengarah YaPEIM, Dato’ Abibullah Haji Samsudin berkata, YaPEIM sedang melaksanakan Program Perkasa Komuniti YaPEIM di Daerah Semporna antaranya ialah meningkatkan tahap pengajian Al-Quran komuniti di sini.

Sempena Program Khatam Al-Quran Perdana 2018 dan Perasmian Surau Akademi Pengajian Al-Quran Semporna (APAQS), YaPEIM menyumbangkan 200 naskah Al-Quran.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Nasir Tun Sakaran, Pengerusi SEDCO Negeri Sabah. Turut hadir ialah YB Dato’ Ramlee Marahaban, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah APAQS, YBhg. SS Dato’ Haji Bungsu @ Aziz Haji Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Dato’ Abibullah Haji Samsudin, Ketua Pengarah YaPEIM dan YBhg. Prof Dato’ Dr. Zulkfli Haji Mohd Yusoff, Pengerusi LPA IPAQ.

Top

Comments are closed.

Top