YaPEIM » YaPEIM BELANJAKAN RM6.5J UNTUK PROGRAM SINAR KASIH SEJAK 2010

Terkini

YaPEIM BELANJAKAN RM6.5J UNTUK PROGRAM SINAR KASIH SEJAK 2010

“Seluruh warga YaPEIM mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang tegar yang terus menyokong institusi ini dengan menyumbang melalui Skim Potongan Gaji”, kata Dato’ Abibullah Haji Samsudin, Ketua Pengarah YaPEIM.

KUALA TERENGGANU 13 April – Sejak 2010, YaPEIM telah membelanjakan sejumlah RM6.5juta untuk menyantuni 631 keluarga dengan 1,821 orang anak melalui Program Sinar Kasih.

Program yang dilancarkan pada tahun 2010 ni mensasarkan institusi keluarga yang kematian ketua keluarga atas sebab kematian mengejut seperti kecelakaan jalan raya, bencana alam, mati lemas dan kebakaran.

Hasil kutipan dana yang diperolehi daripada sumbangan orang awam melalui Skim Potongan Gaji (SPG) YaPEIM ini disalurkan semula kepada masyarakat melalui pelbagai pogram seumpama ini.

“Seluruh warga YaPEIM mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang tegar yang terus menyokong institusi ini dengan menyumbang melalui Skim Potongan Gaji”, kata Dato’ Abibullah Haji Samsudin, Ketua Pengarah YaPEIM.

Beliau ditemui ketika menyampaikan sumbangan kepada 8 keluarga melibatkan 27 orang anak di Kuala Terengganu.

Top

Comments are closed.

Top