YaPEIM » YaPEIM AGIH SUMBANGAN AIDIL FITRI KEPADA MASYARAKAT PULAU BANGGI, KUDAT

Terkini

YaPEIM AGIH SUMBANGAN AIDIL FITRI KEPADA MASYARAKAT PULAU BANGGI, KUDAT

Program Inspirasi Ramadhan Yapeim terus melebarkan impak manfaatnya kepada masyarakat tanpa mengira tempat, masyarakat mahupun bangsa keturunan.

KUDAT, 26 Mei 2018 – YaPEIM terus menunaikan amanah dari penyumbang dengan menyampaikan sumbangan kepada penduduk Pulau Banggi, Kudat, Sabah. Majlis sumbangan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarahnya, Dato’ Abibullah Haji Samsudin.

“Pada hari ini, seramai 72 orang pelajar dari lima buah sekolah iaitu SK Krakit Banggi, SK Kapitangan, SK Limbuak, SMK Banggi dan SK Lok Tuhog, Banggi. disantuni dengan setiap org mendapat RM100 dan barangan cenderahati bernilai RM20”, kata beliau.

“Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar dari golongan fakir miskin, yatim piatu dan muallaf yg dipilih oleh sekolah masing-masing”. Tambah beliau lagi.

Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah khususnya Daerah Kudat ini adalah merupakan lokasi ke lima selepas Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Program Inspirasi Ramadhan YaPEIM yang mula diperkenalkan sejak 2016 ini telah menyantuni sejumlah 39,691 orang penerima manfaat. Sasaran penerima manfaat pada tahun ini adalah seramai 22,400 orang.

Manakala jumlah peruntukan terkumpul untuk menjayakan program ini semenjak 2016 adalah sebanyak RM4.4 juta dan pada tahun ini pula sebanyak RM2.3 juta.

Semenjak diperkenalkan pada tahun 1985, sebanyak RM561.26juta telah diagihkan berbanding hasil sumbangan sebanyak RM499.26 juta. Perbezaan sebanyak RM62 juta ditampung daripada hasil keuntungan perniagaan YaPEIM.

Sementara ini, menurut en Amir Hamzah Bantilan, guru besar SK Karakit, Banggi, dalam ucapannya sebentar tadi, mengucapkan terima kasih kepada YaPEIM di atas keyakinan dan kepercayaan serta mandat kepada sekolah ini untuk menjadi pusat koordinasi bagi menguruskan program Inspirasi Ramadhan YaPEIM pada kali ini.

Pemilihan skolah ini adalah berdasarkan kepada cadangan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Pusat Pentadbiran Daerah Kudat.

Turut hadir En Salahuddin Awang Kassim, Pengerusi PIBG SK Krakit, Puan Mespi Ismail, Ketua Unit Bahasa, PPD Kudat dan Puan Fahmia juga dr PPD kudat.

Top

Comments are closed.

Top