YaPEIM » Program Jualan Sentuhan Rakyat 2018 Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Terkini

Program Jualan Sentuhan Rakyat 2018 Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Program ini adalah satu daripada inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kos hidup rakyat dan YaPEIM terpanggil utk membantu rakyat melalui program ini.

03 Februari 2018, Permatang Pauh

Program Jualan Sentuhan Rakyat 2018 Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Tarikh : 03 Februari 2018 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Masjid Daerah Seberang Perai Tengah (Bandar PERDA), Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

YaPEIM telah terlibat dalam Program Jualan Sentuhan Rakyat 2018 Parlimen Permatang Pauh melalui jualan barang-barang pengguna terpilih (12 SKU terpilih yang ditetapkan oleh KPDNKK).

Program ini adalah satu daripada inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kos hidup rakyat dan YaPEIM terpanggil utk membantu rakyat melalui program ini.

Program anjuran Pusat Khidmat Parlimen Permatang Pauh dan KPDNKK ini melibatkan agensi / institusi seperti, LKIM, FAMA, BERNAS, YaPEIM, Syarikat FAIZA & ADABI.

Barang-barang pengguna ditawarkan pada harga promosi sebagai inisiatif penawaran harga barang yang rendah kepada masyarakat setempat (Permatang Pauh).

Barang – barang keperluan pengguna yang ditawarkan adalah seperti berikut :

1. Telur Gred D – RM7.99 (harga promosi) / RM10.90 (harga biasa)

2. Ikan Bilis 500gm – RM7.90 (harga promosi) / RM11.45 (harga biasa)

3. Cili Kering 500gm – RM4.50 (harga promosi) / RM7.50 (harga biasa)

4.Sardin AAA 155gm – RM0.20 (harga promosi) / RM1.80 (harga biasa)

5. Milo 400gm – RM6.50 (harga promosi) / RM8.60 (harga biasa)

6. Milo 1kg – RM15.90 (harga promosi) / RM19.50 (harga biasa)

7. Susu Gold Coin – RM1.50 (harga promosi) / RM2.50 (harga biasa)

8. Nescafe 3 in 1 (percuma Maggie sebungkus) – RM10.90 (harga promosi) / RM13.50 (harga biasa)

9. Sos Cili Life – RM4.50 (harga promosi) / RM5.20 (harga biasa)

10. Kicap Mudim – RM3.70 (harga promosi) / RM3.99 (harga biasa)

11. Biskut Julies (Sugar / Golden) – RM2.90 (harga promosi) / RM3.60 (harga biasa)

12. Biskut Julies (Asst) – RM9.50 (harga promosi) / RM13.50 (harga biasa)

13. Drypers Wee Wee Dry – RM28.90 (harga promosi) / RM41.50 (harga biasa)

dan beberapa barangan lain.

Sambutan yang diterima oleh masyarakat amat memberangsangkan dengan kehadiran pengunjung secara berterusan ke booth jualan YaPEIM dengan transaksi sekitar 800 direkodkan sehingga program berakhir jam 12.30 tengahari.

Terima kasih.

Top

Comments are closed.

Top