YaPEIM » Program Jualan Sentuhan Rakyat 2018 Parlimen Jerai, Kedah

Terkini

Program Jualan Sentuhan Rakyat 2018 Parlimen Jerai, Kedah

Barang-barang pengguna ditawarkan pada harga promosi sebagai inisiatif penawaran harga barang yang rendah kepada masyarakat setempat (Jerai).

31 JANUARI 2018, JERAI

Program Jualan Sentuhan Rakyat 2018 Parlimen Jerai, Kedah
Tarikh : 31 Januari 2018 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 12.30 tengahari

YaPEIM telah terlibat dalam Program Jualan Sentuhan Rakyat 2018 Parlimen Jerai melalui jualan barang-barang pengguna terpilih (12 SKU yang ditetapkan pihak KPDNKK).

Program ini adalah satu daripada inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kos hidup rakyat dan YaPEIM terpanggil utk membantu rakyat melalui program ini.

Program anjuran Pusat Khidmat Parlimen Jerai dan KPDNKK ini melibatkan agensi / institusi seperti, LKIM, FAMA, BERNAS, YaPEIM dan Ayam BISMI.

Barang-barang pengguna ditawarkan pada harga promosi sebagai inisiatif penawaran harga barang yang rendah kepada masyarakat setempat (Jerai).

Barang – barang keperluan pengguna yang ditawarkan di bawah harga pasaran adalah seperti berikut :

1. Telur Gred C – RM8.90 (harga promosi) / RM10.90 (harga biasa)

2. Ikan Bilis 500gm – RM7.90 (harga promosi) / RM22.90 (harga biasa)

3. Cili Kering 500gm – RM4.50 (harga promosi) / RM7.50 (harga biasa)

4.Sardin AAA 155gm – RM0.20 (harga promosi) / RM1.80 (harga biasa)

5. Milo 400gm – RM6.90 (harga promosi) / RM8.60 (harga biasa)

6. Milo 1kg – RM15.50 (harga promosi) / RM19.50 (harga biasa)

7. Susu Dairy Champ – RM1.90 (harga promosi) / RM2.50 (harga biasa)

8. Nescafe 3 in 1 – RM10.90 (harga promosi) / RM13.50 (harga biasa)

9. Sos Cili Life – RM4.50 (harga promosi) / RM5.20 (harga biasa)

10. Kicap Mudim – RM3.70 (harga promosi) / RM3.90 (harga biasa)

11. Biskut Julies (Sugar) – RM2.90 (harga promosi) / RM3.60 (harga biasa)

12. Biskut Julies (Asst) – RM9.50 (harga promosi) / RM13.50 (harga biasa)

dan beberapa barangan lain.

Program PJSR Jerai ini turut dimeriahkan dengan Karnival Muafakat Dun Sungai Limau yang melibatkan acara sukan rakyat dan pertandingan sepak penalti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Jerai YB Dato’ Seri Jamil Khir Hj. Baharom berkesempatan merasmikan majlis penutup program.

Sambutan yang diterima oleh masyarakat amat memberangsangkan sehingga program berakhir jam 2.00 petang.

Terima kasih.

Top

Comments are closed.

Top