YaPEIM » PEMAKLUMAN BERKAITAN PENAWARAN HADIAH BONANZA & HADIAH BULANAN KEPADA PELANGGAN BERTUAH AR-RAHNU YaPEIM.

Terkini

PEMAKLUMAN BERKAITAN PENAWARAN HADIAH BONANZA & HADIAH BULANAN KEPADA PELANGGAN BERTUAH AR-RAHNU YaPEIM.

Sidang Media ini diadakan bertujuan untuk menghebahkan pada masyarakat berkaitan program HADIAH BONANZA – 10 buah PERODUA MYVI dan HADIAH BULANAN – Bar Emas yang dianggarkan berjumlah melebihi RM1 juta yang ditawarkan kepada pelanggan Ar Rahnu YaPEIM di seluruh Malaysia yang layak (tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Ar Rahnu YaPEIM).

Sehingga 2018, YaPEIM melalui Koperasi YaPEIM Berhad telah berjaya mewujudkan 212 buah cawangan yang terdiri daripada 203 buah statik Ar Rahnu YaPEIM dan Sembilan (9) buah Perkhidmatan Kaunter Bergerak YaPEIM di seluruh Negara.

Objektif program ini adalah sebagai Apresiasi dan penghargaan YaPEIM kepada semua pelanggan yang setia bersama Ar Rahnu YaPEIM sejak penubuhan (tahun 1996).

Ia juga sebagai Galakan dan dorongan kepada masyarakat Malaysia untuk memilih pajak gadai Islam (Ar Rahnu) khususnya Ar Rahnu YaPEIM dalam bermuamalah.

Terma & Syarat Umum Penyertaan

1- Penyertaan Terbuka kepada semua masyarakat Malaysia yang menjadi pelanggan Ar Rahnu YaPEIM.

Tempoh

1- Mula dilaksanakan pada 01 Mac 2018 sehingga 31 Disember 2018.

Kelayakan Penyertaan

Hadiah Bulanan – Bar Emas 1 Gram (1,827)

Pelanggan yang menggadai di Ar Rahnu YaPEIM dengan Nilai Marhun sebanyak RM1,000.00 ke atas bagi setiap transaksi.

Hadiah Bonanza Ar Rahnu YaPEIM (10 MyVI)

1- Penggadai yang menggadai dengan nilai marhun minima RM3,000.00
setiap transaksi

2- Bilangan Transaksi terkumpul sebanyak 6 kali sepanjang tempoh yang ditetapkan.

3- Tempoh Gadaian minima 2 Bulan

4- Pemegang kad privilege.

Majlis Penyampaian Hadiah

Hadiah Bulanan – Bar Emas

– Cabutan Bulanan – Bar Emas akan disampaikan pada setiap bulan berikutnya di semua Cawangan Ar Rahnu YaPEIM. (Bermula pada bulan Mac 2018)

Hadiah Bonanza Ar Rahnu YaPEIM

– Majlis Penyampaian hadiah Bonanza 10 Buah Perodua Myvi kepada 10 orang penggadai bertuah akan diadakan pada akhir Januari 2019. Lokasi majlis akan dimaklumkan kelak.

Penutup

– Justeru itu saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia dan pelanggan-pelanggan Ar Rahnu YaPEIM untuk mengambil peluang menyertai Hadiah Bonanza yang julung kalinya diadakan sebagai sebahagian daripada menghargai pelanggan yang setia menyokong kami selama ini.

Sekian, Terima Kasih.

DATO’ ABIBULLAH HAJI SAMSUDIN
Ketua Pengarah & Ketua Pegawai Eksekutif YaPEIM.

   

Top

Comments are closed.

Top