YaPEIM » Program Keluarga Angkat Prihatin

Program Keluarga Angkat Prihatin

Program Keluarga Angkat Prihatin

Program ini diperkenalkan oleh YaPEIM bagi menangani kebajikan dan pendidikan anak-anak yatim yang kematian ketua keluarga kerana musibah seperti kemalangan dan bencana alam. Bantuan akan diberikan kepada anak-anak yang kematian keluarga kerana musibah seperti berikut :

  1. Kemalangan
  2. Kebakaran
  3. Mati Lemas
  4. Gempa bumi dan insiden seumpamanya

Bentuk Bantuan

1. Bantuan kewangan sebanyak RM200 sebulan / seorang untuk tempah selama 12 bulan.

2. Bantuan untuk tahun berikutnya dipertimbangkan berdasarkan semakan dan penilaian YaPEIM samada mereka mempunyai tempat bergantung yang boleh diharapkan seperti rumah anak yatim atau pihak lain yang memberi sumbangan tetap setiap bulan.

3. Bantuan akan disalurkan setiap bulan ke dalam akaun anak-anak yatim tersebut.

Program ini akan dilaksanakan dengan membuat pemantauan dari masa ke semasa untuk pemberian sumbangan seterusnya, membuat lawatan / kunjungan hormat ke rumah keluarga angkat tersebut, meraikan keluarga angkat semasa majlis hari raya atau program-program lain yang bersesuaian dan melibatkan peserta keluarga angkat dalam program-program YaPEIM / Agensi yang bersesuaian.

Borang boleh dimuat turun di capaian di bawah :-

Borang PermohonanBorang LanjutanBorang Bantuan PendidikanBorang Bantuan Perniagaan

FAQ

Top
}