YaPEIM » Inspirasi Ramadan YaPEIM 1437H di Pulau Pinang

Terkini

Inspirasi Ramadan YaPEIM 1437H di Pulau Pinang

Khusus untuk Program “INSPIRASI RAMADAN YaPEIM 1437H” yang telah di laksanakan di Pusat Islam Politeknik Seberang Perai.

PROGRAM INSPIRASI RAMADAN YaPEIM 1437H

Di Bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah mengambil satu pendekatan bagi merai dan memberi penghargaan anak-anak yatim/miskin di 13 lokasi seluruh Negara di bawah Program “INSPIRASI RAMADAN YaPEIM 1437H”.

Program ini adalah satu pendekatan YaPEIM untuk memberi sumbangan Aidil Fitri kepada kumpulan sasar termasuk pengisian ilmu melalui slot Ceramah Agama yang disampaikan semasa program tersebut. Melalui program ini, dijangkakan seramai lebih kurang 20,000 orang anak yatim/miskin yang akan turut menerima sumbangan tersebut di seluruh Negara.

Khusus untuk Program “INSPIRASI RAMADAN YaPEIM 1437H” yang telah di laksanakan di Pusat Islam Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 25 jun 2016, yang telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 800 orang. Majlis tersebut telah di sempurnakan oleh Tuan Haji Mohammad Zamri bin Zakaria (Ketua Sektor Perhubungan Korporat, Pembangunan Sosioekonomi dan Pendidikan Ummah) dan turut hadir ialah Hj Arshad Sian (Ketua Sektor Sumber Daya Insani, Pelaburan, Pentadbiran dan Kewangan) serta pengurusan utama YaPEIM serta pemimpin masyarakat setempat.

Terima kasih di atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini khususnya kepada para penyumbang Skim Potongan Gaji Bulanan (SPG) YaPEIM yang telah memberi ruang kepada kumpulan sasar untuk turut sama menikmati kemeriahan sambutan Aidil Fitri 1437H /2016M.

Galeri Gambar

Top

Comments are closed.

Top
}