YaPEIM » Inspirasi Ramadan YaPEIM 1437H di Ipoh

Terkini

Inspirasi Ramadan YaPEIM 1437H di Ipoh

Khusus untuk Program “INSPIRASI RAMADAN YaPEIM 1437H” yang telah di laksanakan di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Raja Musa Mahadi.

PROGRAM INSPIRASI RAMADAN YaPEIM 1437H

Di Bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah mengambil satu pendekatan bagi merai dan memberi penghargaan anak-anak yatim/miskin di 13 lokasi seluruh Negara di bawah Program “INSPIRASI RAMADAN YaPEIM 1437H”.

Program ini adalah satu pendekatan YaPEIM untuk memberi sumbangan Aidil Fitri kepada kumpulan sasar termasuk pengisian ilmu melalui slot Ceramah Agama yang disampaikan semasa program tersebut. Melalui program ini, dijangkakan seramai lebih kurang 20,000 orang anak yatim/miskin yang akan turut menerima sumbangan tersebut di seluruh Negara.

Khusus untuk Program “INSPIRASI RAMADAN YaPEIM 1437H” yang telah di laksanakan di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Raja Musa Mahadi, Ipoh pada 27 jun 2016, yang telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 1000 orang. Majlis tersebut telah di sempurnakan oleh Dato’ Haji Mohd Yusop bin Haji Husin (Pengarah Jabatan Agama Islam Perak yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Sultan Azlan Shah dan turut hadir ialah Dato Abibullah Hj Samsudin (Ketua Pengarah / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM) serta pengurusan utama YaPEIM serta pemimpin masyarakat setempat.

Terima kasih di atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini khususnya kepada para penyumbang Skim Potongan Gaji Bulanan (SPG) YaPEIM yang telah memberi ruang kepada kumpulan sasar untuk turut sama menikmati kemeriahan sambutan Aidil Fitri 1437H /2016M.

Galeri Gambar

Top

Comments are closed.

Top
}