YaPEIM » Amal jariah di permudahkan melalui SKIM POTONGAN GAJI (SPG) YaPEIM

Terkini

Amal jariah di permudahkan melalui SKIM POTONGAN GAJI (SPG) YaPEIM

SKIM POTONGAN GAJI (SPG)

Sejarah Ringkas

Diperkenalkan dan dilancarkan pada 8 Januari 1985. Pelancaran semula oleh YAB Dato Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia (ketika itu) pada 1 Disember 2000. Merupakan Skim Utama YaPEIM dalam menyediakan peluang beramal jariah kepada kakitangan dari sektor awam dan swasta yang bergaji tetap melalui potongan gaji bulanan. Urusan potongan gaji dan bayaran kepada YaPEIM diuruskan oleh majikan masingmasing. (mengikut sistem bahagian gaji masing-masing samada melalui Jabatan Akauntan Negara, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), Perbendaharaan Negeri atau melalui majikan masing-masing. Pembabitan penyumbang adalah secara sukarela dan atas kesedaran dalam penyempurnaan tanggungjawab sosial ke arah pembangunan ummah

Kaedah Menyumbang

  1. Dapatkan borang persetujuan sumbangan dari pejabat YaPEIM atau melalui wakil-wakil YaPEIM.
  2. Lengkapkan borang persetujuan sumbangan mengikut butiran yang disediakan.
  3. Tandakan (v) jumlah potongan gaji bulanan anda (minimum RM5.00)
  4. Hantar borang persetujuan ke pejabat YaPEIM. Sekiranya urusan potongan gaji melalui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), pihak YaPEIM memerlukan salinan kad pengenalan dan slip gaji terkini anda dan dilampirkan bersama borang BPA1/79.
  5. Bagi kakitangan awam dan swasta, urusan potongan gaji boleh dilaksanakan melalui Majikan/Pejabat Pembayar/Biro Perkhidmatan Angkasa/Akauntan Negeri/Bendahari Negeri.
  6. Sumbangan boleh dihantar terus oleh pihak majikan ke pejabat YaPEIM beserta salinan pendua borang persetujuan.
Keterangan lengkap disini:
-> Muat turun Katalog berkaitan SKIM POTONGAN GAJI (SPG) YaPEIM
-> Muat turun Borang Permohonan  SKIM POTONGAN GAJI (SPG) YaPEIM

 

Top

30 Comments


Top