YaPEIM » Kelab Masa

Kelab Masa

Kelab Maya Sahabat Ar Rahnu (Kelab Masa)

Kelab ini diperkenalkan sebagai usaha mewujudkan komuniti Ar Rahnu yang benar-benar dapat memanfaatkan Ar Rahnu YaPEIM sebagai saluran mendapat modal bagi menjayakan perniagaan secara kecil-kecilan seterusnya berusaha memajukan diri dan keluarga.

Satu Pangkalan Data Sahabat Ar Rahnu (PDSAR) diwujudkan bagi tujuan pengumpulan data yang berkaitan. Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan YaPEIM (YEC) melalui Pusat Komuniti YaPEIM (PKY) di seluruh Negara telah dipertanggungjawabkan oleh YaPEIM untuk menggerakkan Kelab MASA dari semasa ke semasa.

Kelayakan Dan Maklumat Keahlian

  1. Pelanggan yang menggunakan kemudahan Ar Rahnu YaPEIM bagi tujuan perniagaan akan didaftarkan secara terus (online) melalui Sistem Ar Rahnu YaPEIM (Ar Rahnu Net) sebagai ahli kelab dan dikenali sebagai Sahabat Ar Rahnu YaPEIM.
  2. Maklumat Sahabat Ar Rahnu ini akan dimasukkan dalan Pangkalan Data Sahabat Ar Rahnu (PDSAR).
  3. Maklumat keahlian dan perniagaan yang diperolehi dan dikemaskini melalui Borang Kajian Keberkesanan Ar Rahnu YaPEIM dalam Mewujudkan Usahawan-Usahawan Kecil boleh diperolehi di Cawangan Ar Rahnu YaPEIM / Pusat Komuniti YaPEIM seluruh negara.

Muat Turun Risalah

 

FAQ

Top
}