KONGRES Ekonomi Islam Kedua (KEI-2) di Kolej Islam Malaya pada 1972 berlangsung dengan jayanya dan menghasilkan resolusi penting, sekali gus berupaya membawa perubahan kepada corak pembangunan ekonomi Islam di negara ini.
Antara institusi yang ditubuhkan hasil gagasan dan resolusi kongres itu ialah perlunya institusi pengajian tinggi Islam seperti Universiti Islam (Universiti Islam Antarabangsa), institusi kewangan Islam seperti Bank Islam (Bank Islam Malaysia Berhad) dan institusi pembangunan sosioekonomi seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.
Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga (KEB-3) juga secara khusus turut menyarankan agar Kongres Ekonomi Islam diadakan seperti diputuskan melalui Resolusi ke-37 Kongres berkenaan dengan objektif;
- Sebagai platform untuk menilai pencapaian dan menambah baik hasil resolusi KEI-2 dan Kongres Ekonomi Bumiputera terdahulu yang berkaitan kepentingan ummah secara umumnya.
- Suatu usaha yang serius dalam menggarap semua potensi yang dimiliki ummah dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk dana, hasil penyelidikan mahupun peluang yang boleh dimanfaatkan.
- Sebagai medium sesuai dalam merumuskan idea dan pendekatan baru yang berkesan sebagai usaha memperkasa ekonomi ummah untuk persiapan menghadapi era baru perkembangan ekonomi.
- Format Penganjuran KEI-3 akan memanfaatkan pendekatan dalam menjayakan KEB-3 pada 1992 dengan beberapa pengubahsuaian.
Di antara komponen utama yang dicadangkan seperti berikut:
- Majlis perasmian dan ucaptama.
- Pembentangan kertas kerja.
- Sidang pleno/pembentangan resolusi.
- Majlis Penutup
Source : Berita Harian On-Line
Wednesday, 19 November 2008
By : YaPEIM