::
:: Rasional & Harapan
:: Penganjuran
:: Objektif & Tema
:: Format & Pendekatan
:: Kertas Kerja Utama
 
::
Ucap Utama
::
Pembentangan "Status Paper"
::
Tajuk 1
::
Tajuk 2
::
Tajuk 3
::
Tajuk 4
::
Tajuk 5
::
Tajuk 6
::
Tajuk 7
::
Tajuk 8
::
Tajuk 9
:: Penyertaan Kongres
:: Struktur & Jawatankuasa
:: Hubungi Kami
   
Berita Terkini
 
 

KUALA LUMPUR, 12 Januari – Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak berkata kerajaan akan terus komited dalam melaksanakan dan memperluaskan program ekonomi dan kewangan berasaskan Islam di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ini adalah berasaskan keupayaan dan sumbangan besar produk ekonomi dan kewangan Islam yang ternyata memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi negara, umat Islam dan masyarakat Malaysia seluruhnya.  
 
Berucap merasmikan Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) di sini, hari ini, beliau berkata, perkara itu adalah satu daripada lima perkara perlu diberi perhatian oleh kongres itu bagi menghasilkan resolusi yang realistik dan praktikal, sesuai dengan kekuatan yang dimiliki ummah.
  
Dato’ Seri Najib yang juga Menteri Kewangan berkata perhatian utama akan diberikan kepada sektor Ijtima’i (masyarakat), sebagai satu daripada sektor dalam sistem ekonomi Islam (muamalat), yang sama penting peranannya dengan sektor kerajaan dan swasta.
Kata beliau, unsur terpenting yang menjadi kekuatan sektor Ijtima’i ialah zakat, wakaf dan ‘sadaqah jariah’.
“Dengan kata lain, sektor ini merujuk kepada wujudnya sistem jaminan sosial yang diperkenalkan Islam sejak lebih 1,400 tahun yang lalu.
“Apabila kita sudah sama-sama mengakui dan mengiktiraf tuntutan dan kepentingan sektor ini, maka saya menyeru supaya prasarana dan institusi berkaitan harus disokong dan diperbaiki supaya lebih berkesan untuk muncul sebagai sumber kekuatan yang baru dan segar demi manfaat umat Islam,” kata beliau.
Dato’ Seri Najib juga menegaskan perlunya diwujudkan institusi kewangan Islam berkonsepkan mesra usahawan.
Kata beliau, konsep itu bakal berperanan menggembleng dana dan pada masa yang sama membela serta memajukan usahawan Muslim seperti mana instrumen kewangan Islam yang bersesuaian berasaskan prinsip mudharabah dan musyarakah.  
  
Beliau juga berkata, konsep jaringan Islam (Muslim Net) perlu diperkenalkan kerana ia penting bagi mengukuhkan jaringan perniagaan sesama Muslim di semua peringkat serantau dan antarabangsa.
  
“Dengan semangat ini, isu ketidakpadanan seperti pergerakan modal negara Islam ke negara Barat dan modal insan di kalangan negara Islam akan dapat diatasi.  
  
“Oleh itu, negara kita wajar mengambil langkah proaktif untuk mengeksport pakar kewangan Islam dan sekaligus dapat menarik dan mengurus dana dari negara-negara Islam,” kata beliau.
Selain itu, Dato’ Seri Najib turut menegaskan perlunya diperkenalkan konsep “Peluang Hingga Berjaya” kerana ia membela usahawan yang tulen dan berusaha untuk terus berjaya.
Kata beliau, prinsip Islam yang murni meletakkan mereka yang menghadapi masalah kewangan kesan dari faktor luar kawalan mungkin dapat dimasukkan di dalam golongan Al-Gharimin (satu daripada asnaf zakat).
“Prinsip ini juga membawa maksud bahawa golongan seperti ini wajar dibantu hingga mereka keluar dari masalah yang dihadapi dan akhirnya akan berupaya menjadi pengeluar zakat,” kata beliau.

Categories: Berita
http://islamhadhari.net/?p=1987

 

Sekretariat Kongres Ekonomi Islam Ketiga
Tel: +603 2273 8005 E-Mel: kei3@yapeim.net.my
No.52, Tingkat 1, Bangunan YaPEIM, Jalan Kampung Attap, 50732 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2273 3170/71/72 Faks: 03-2273 3167
Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3)Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3)