SELAMAT DATANG
HUBUNGI KAMI  
   
 
| PENGENALAN | FORMAT & PENDEKATAN PELAKSANAAN KEI-3 | JENIS KERTAS KERJA | TAJUK-TAJUK KERTAS
 
 
 
 
.........................................................................................................................................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................................................................................................................................
Kertas Kerja Iringan yang lengkap hendaklah dihantar ke Sekretariat Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3)
sebelum atau selewat-lewatnya pada 31 Disember 2008
                   
Sila hantar borang penyertaan secepat mungkin untuk memastikan kertas kerja anda terpilih!!!
   
   
 
Anjuran:
 
 
 
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
   
  &
 
 
Majlis Perundingan Islam, Jabatan Perdana Menteri
 
 
             
 
Kongres Ekonomi Islam Kedua telah berlangsung di Kolej Islam Malaya pada tahun 1972, berlangsung dengan jayanya dan telah menghasilkan reolusi-resolusi penting, sekaligus berupaya membawa perubahan kepada corak pembangunan ekonomi Islam di negara ini. Antara institusi yang ditubuhkan hasil gagasan dan resolusi Kongres tersebut ialah perlunya institusi pengajian tinggi Islam seperti Universiti Islam (Universiti Islam Antarabangsa), institusi kewangan Islam seperti Bank Islam (Bank Islam Malaysia Berhad) dan institusi pembangunan sosioekonomi seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Makaysia.
 
Penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputra yang telah berlangsung sebanyak tiga kali (1965, 1969 dan 1992) boleh dianngap sebagai langkah pelengkap dan pengukuhan kepada agenda pembangunan ekonomi dari perspektif Islam di negara ini.Kenyataan ini secara jelas dapat dilihat daripada resolusi-resolusi yang disepakati sempena kongres berkenaan.
 
Secara makronya Kongres Ekonomi Bumiputra Ketiga (1992) turut membahas dan memutuskan agenda pembangunan ekonomi Islam. Namun begitu terdapat beberapa resolusi khusus yang terkait dengan cadangan pemerkasaan program keislaman di negara ini, seperti yang terkandung dalam Resolusi 30 (nilai Islam dan etika niaga), Resolusi 32 (cara-cara pengutipan zakat), Resolusi 33 (diselaraskan penggunaan Tabung Baitulmal), Resolusi 34 (penerapan nilai-nilai Islam dilaksanakan melalui sekolah dan institusi pengajian tinggi), Resolusi 35 (digemblengkan sepenuhnya semua bentuk institusi Islam(masjid)) dan Resolusi ke 39 (supaya kerajaan menimbangkan pindaan ke atas yang berkenaan untuk membolehkan amaun zakat yang dibayar oleh syarikat-syarikat bumiputra dikecualikan daripada cukai korporat, sepertimana pembayaran zakat individu).
  Kongres Ekonomi Bumiputra Ketiga (KEB 3) juga secara khusus turut menyarankan agar Kongres Ekonomi Islam diadakan, seperti yang diputuskan melalui Resolusi ke- 37 Kongres berkenaan.
             
             
             
             
 
 
Hakcipta terpelihara © 2008 YaPEIM
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia [YaPEIM], No.52, Bangunan YaPEIM, Jalan Kampung Attap,50732 Kuala Lumpur.