YaPEIM » 2013 » October

Archive for October, 2013

Program Ibadah Korban YaPEIM 1434H / 2013

Program Serantau Ibadah Korban YaPEIM 1434H/ 2013 Skim Ibadah Korban YaPEIM adalah merupakan inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh YaPEIM dalam usaha untuk menggerakkan semangat melaksanakan ibadah korban disamping memperkasakan ekonomi Ummah. Selain daripada objektif yang telah digariskan, kewujudan skim ini secara tidak langsungnya adalah untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa impak daripada pelaksanaan ibadah ini, jika ditadbir dengan sistematik dan efisien mampu meningkatkan status sosial masyarakat. Pengkorporatan Ibadah Ini dibuktikan dengan kejayaan Lembaga Tabung Haji menguruskan Ibadah Haji (dana daripada pendeposit) mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara malah menjadi entiti rujukan kepada beberapa negara Islam yang lain. Begitu juga dengan Ibadah Zakat, Wakaf, Sedekah dan sebagainya meninggalkan impak yang tersendiri dalam masyarakat khususnya kepada umat Islam. Berbekalkan kepada momentum kejayaan yang di kecapi melalui usaha ‘pengkorporatan’ ibadah-ibadah tersebut, tidak mustahil ibadah korban/ aqiqah ini juga mampu diangkat menjadi sebuah lagi mercu kepada wadah menjana ekonomi umat kelak. Signifikannya, ibadah korban ini…

Top
Page 1 of 1